Sunday, February 6, 2022

KEMBALI KE PEJABAT SELEPAS 2 BULAN MC

 Tanggal 3.2.2022, tarikh yang sengaja dicatatakan untuk ingatan.

Tarikh kembali bekerja dari pejabat selepas hampir 2 bulan melaksanakan kerja-kerja pengurusan Pusat Tuisyen dari rumah ekoran patah pergelangan tangan. Alhamdulillah, syukur.

Permulaan harian seperti biasa, bangun seawal jam 6 pagi. Semangat memang semangat tetapi disapa dengan sedikit kepeningan kepala. Saya agak puncanya tidak memakai cermin mata semasa mengadap laptop. Ini yang menguatkan lagi niat untuk buat lasik mata. 

Selepas urusan solat subuh, terus ke dapur menyediakan segala juadah seharian untuk keluarga dan berkebetulan anak-anak bercuti sekolah. Juadah yang ringkas dan mudah menjadi pilihan saya. Segala urusan rumahtangga yang lain diserahkan kepada suami dan anak-anak yang sudah pun dididik dari kecil membiasakan diri melaksanakan urusan rumah.

Dalam jam 10 pagi, sampai ke pusat tuisyen. Menapak jauh sedikit sebab parking jauh sedikit. Ia memang disengajakan untuk tambah bilangan langkah. Sempat menguruskan pengurusan pelajar sebelum waktu mesyuarat.

Jam 11.30 kami , mesyuarat pengurusan Pusat Tuisyen bermula. Kebiasaannya 2 bulan sekali mesyuarat berkala akan diadakan untuk tindakan kemajuan tenaga pengajar dan pelajar - pelajar di Pusat Tuisyen. Selepas sesi makan dan berehat tugasan diteruskan dengan pemantauan guru-guru mengajar di dalam kelas. Jam menghampiri 7.30 malam , Alhamdulillah. Selesai tugasan utama hari ini dan banyak lagi yang bakal bersambung di esok hari. 

No comments:

Post a Comment

TIPS REPLY WHATSAPP PELANGGAN

Buat masa ini, medium whatsapp menjadi medium utama perhubungan untuk ibubapa yang mahu bertanyakan berkenaan kelas, jadual, yuran dan sebag...