Thursday, February 10, 2022

TIPS REPLY WHATSAPP PELANGGAN

Buat masa ini, medium whatsapp menjadi medium utama perhubungan untuk ibubapa yang mahu bertanyakan berkenaan kelas, jadual, yuran dan sebagainya.

Untuk memudahkan kerja dan melancarkannya,
Ini teknik yang saya amalkan.

Membuka 1 group berkenaan info program.
Pengunaan hashtag

Contoh untuk program kelas membaca

Taipkan hashtag #kelasmembaca
Dibawahnya masukkan segala info untuk kelas membaca

Untuk program sekolah rendah #sekolahrendah.
Dibawahnya masukkan segala info program sekolah rendah.

Jadinya mudah untuk kita mencari info pada whatsapp dan send sahaja maklumat yang ibubapa mahukan 

🤗




Tuesday, February 8, 2022

KURSUS DALAMAN TUTOR BARU

 Alhamdulillah, di awal bulan Februari ini , pihak tuisyen menerima lagi 1 orang tutor baru yang masih 

muda berlepasan ijazah. Walaupun muda mereka berkebolehan, bersemangat tinggi dan mudah menerima 

cabaran baru. 


Hari ini kursus dalaman dimulakan dengan kursus teknik mengajar fonik. Ikutkan kursus dalaman akan 

terbahagi kepada 4 topik utama dan mungkin memakan masa 1 jam untuk setiap topik. 


Hampir 45 minit berkursus, 15 minit terkakhir adalah mock teaching untuk tutor melatih diri sebelum 

mengajar di kelas sebenar. Dari segi gaya intonasi nampak bakat sebagai pendidik. Semoga tutor baru 

dapat menterjemahkan apa yang dipelajari dalam kursus kepada anak-anak di pusat tuisyen dengan 

baik sekali

Keperluan Asas di Kelas Membaca

Kad bunyi adalah keperluan asas sekiranya mengajar anak membaca dengan kaedah fonik.

Perbezaan saiz kad ini memberikan impak yang besar dalam membantu anak mengingati simbol bunyi.

Kad bersaiz besar membantu anak-anak mengenal simbol dengan baik, manakala kad bersaiz kecil 

membantu anak -anak dalam membaca dan membina perkataan


Pelajar Sulung yang Lulus Kelas Membaca BI




3 pelajar sulung kelas membaca bi yang berjaya menamatkan kelas dengan jayanya.

Teringat pengalaman mengajarkan mereka kelas membaca BI, ada rama-rama dalam perut. 

Berdebar -debar. Sebenarnya mengajar BI dengan kaedah fonik  cukup mudah hanyanya fonik BI lebih 

banyak simbolnya berbanding BM. Fonik BI cara sebutannya lebih kecil


 

Subjek yang di tawarkan di Pusat Tuisyen Ilham Ilmu

 Pusat Tuisyen Ilham Ilmu terletak di bandar Pusat Jengka , merupakan pusat tuisyen berdaftar dengan 

Jabatan Pendidikan Maran. Pusat Tuisyen ini secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 2020. 

Bermula dengan kelas membaca BM dan BI, pusat tuisyen terus maju dengan menawarkan pebagai

subjek sekolah rendah dan menengah.Sehingga kini, pusat tuisyen masih menawarkan kelas-kelas

berikut dan beroperasi dari hari Isnin sehingga Sabtu

  1. MEMBACA BM(BACALAH ANAKKU)/BI (READEASY)
  2. MEMBACA JAWI
  3. MENGAJI
  4. SUBJEK BM/BI/MATE/SAINS TAHUN 1-6
  5. SUBJEK SAINS/MT TINGKATAN 1-3


Tiga langkah untuk anak seronok membaca.

Perhatikan lumrah anak-anak. Mereka hakikatnya adalah periang dan suka bermain. bayangkan aktiviti

membaca sebenarnya adalah aktiviti yang baru dan memerah otak mereka. Aktiviti membaca sebenarnya 

aktiviti yang membebankan minda mereka. Jadi bagaimana aktiviti yang membebankan ini boleh ditukar 

menjadi aktiviti yang menyeronokkan? di sini ada 3 langkah


1. Letakkan diri kita setaraf dengan anak-anak, bermaksud kita menjadi seperti mereka anak-anak kecil 

yang aktif dan suka bermain.

2. Menyediakan persekitaran yang menyeronokkan untuk beraktiviti sambil belajar.

3. Sentiasa puji walau sekecil-kecil usahaka yang mereka buat.


3 langkah asas dan mudah dan realistik untuk diapplikasikan. Cubalah! 😊

Membaca Bukan Hanya dengan Buku!

Usah terhad kepada buku untuk membantu anak membaca!

Cuba lihat gambar di bawah. Ini adalah aktiviti yang tidak melibatkan bacaan dari buku.

Anak-anak tanpa mereka sedari sebenarnya sedang melaksanakan aktiviti membaca yang terselit 

disebalik aktiviti bermain. Tentunya anak - anak tidak akan lari malahan berlumba-lumba untuk

beraktiviti.




KELAS MEMBACA KAEDAH FONIK
KELAS BERSEMUKA DI PUSAT TUISYEN ILHAM ILMU,JENGKA.


#fonikjengka
http://www.wasap.my/60129669982
#asasblogfebruari2022

Kenapa Mudah Membaca dengan Fonik?

Fonik? Apa maksudnya fonik? 

Fonik bermaksud bunyi. 

Kaedah membaca Fonik bermaksud kaedah membaca menggunakan bunyi.

kenapa ia mudah? 

1. Kaedah bunyi adalah lumrah yang seawal bayi lagi anak-anak sudah sebut dan membunyikan. 

2. Kaedah fonik lebih short cut kerana ia tidak memerlukan daya hafalan yang tinggi tetapi lebih kepada 

sebutan bunyi dan menggabungkannya.

3. Gabungan-gabungan bunyi ini menjadi perkataan dan mudah sekali untuk dibaca.

4. Kaedah ini juga bukan hanya terguna pakai untuk bahasa melayu tetapi juga bahasa inggeris yang 

sememangnya lebih terdahulu menggunakan fonik untuk kemahiran membaca

Pengalaman Sebagai Guru Tuisyen

Menjadi seorang guru adalah satu bidang yang bukan asing bagi saya. Tugasan mengajar sebenarnya secara tidak rasmi telah pun saya laksanakan sejak saya di bangku sekolah lagi. Alhamdulillah dikurniakan adik-adik seramai 6 orang. Saya selaku kakak yang sulung banyak memikul tanggungjawab mengajar adik-adik dari rumah semasa ketiadaan ibu dan ayah di rumah ketika mereka keluar bekerja. Arwah ayah adalah pencetus minat saya mengajar. Beliaulah guru tuisyen saya di rumah terutamanya matematik. Emak pula guru tuisyen bahasa inggeris. 

semasa sedang melaksanakan satu projek penyelidikan di UKM. Permohonan saya untuk menjadi tenaga pengajar di UniSZA telah berjaya diterima dan ditawarkan masuk mengajar untuk bidang Biologi Genetik di sana. Alhamdulillah, syukur dan gembira! Namun kerjaya saya di sana terhenti di sana kerana tuntukan keluarga yang memerlukan saya lebih dekat. Berhenti kerja bukan satu keputusan yang mudah. Seberat -berat hati melepaskan kerjaya hati ini.

selepas berhijrah, saya sepenuh masa pula di rumah. Mendidik dan mengajar anak kecil saya yang sulung di rumah. Oh, jika diceritakan terlalu panjang. Dipendekkan cerita, saya mula burn out selepas beberapa tahun di rumah sahaja. Saya perlukan satu persekitaran lain. Dalam kepala saya hanya 1. mendidik. Saya meninggalkan jejak-jejak resume di beberapa buah pusat tuisyen. Alhamdulillah , semua merima saya bekerja. Namun ujian demi ujian lagi menimpa. Pusat Tuisyen pertama masih dalam fasa percubaan , anak jatuh sakit masuk wad. Pihak majikan meminta saya memikirkan kembali tawaran berkerja dan 100% saya memilih keluarga. Pusat Tuisyen ke 2, bekerja saya juga tidak lama, ia ditutup, Pihak tuisyen  3 dan ke 4 saya pulun kerja di kedua-dua tempat siang dan malam. Namun cabaran PKP dan sebagainya Pusat Tuisyen ke 3 ditutup. Pihak Tuisyen ke 4 yang banyak kenangan manis sehingga kini menjadi tempat saya mencurahkan ilmu kepada anak-anak didik. 

segala apa yang dilalui menjadi kenangan terindah dalam kehidupan

Ulasan Kelas Asas Penulisan Blog

Menulis di laman sosial? Argh!!! Satu perkara yang seingat saya sudah berzaman saya tinggalkan dek kesibukan kerjaya di antara seorang suri di hati suami, seorang ibu disamping 4 orang anak, seorang guru disamping beratus-ratus orang pelajar dan seorang guru besar untuk sebuah pusat tuisyen. Usahkan penulisan berkonten, penulisan santai pun saya hilang tarikan. Apa yang saya hanya buat hanya upload gambar atau video aktiviti di pusat tuisyen ke whatsapp status yang mana selepas 24 jam akan dilenyapkan.

Suatu hari ketika menjelajah di laman FB, satu post ini amat menarik perhatian saya. Post Puan Masayu Ahmad di FBnya membuka 1 kelas asas penulisan blog. Saya merupakan salah satu follower Puan Masayu dan pernah mendapat Ebook Puan Masayu. Saya terasa ada satu tarikan untuk menekan dari satu link ke satu link berkenaan kelas asas penulisan blog sehinggalah jari jemari ini menekan whatsapp dan bertanyakan pada Puan Zaila yang merupakan pengurus dan juga tenaga pengajar kelas blog tersebut. Seumpanya menghidupkan bara yang terpendam, saya tidak segan silu bertanya cara kelas  , apa yang ditawarkan dan sebagainya. Tanpa membuang masa kerana hanya 1 slot sahaja yang berbaki terus daftar dan buat pembayaran yuran.

Kelas ditawarkan selama 5 hari dan pada tarikh yang saya sedia maklum saya amat sibuk iaitu di awal bulan. Saya sahut sebagai cabaran menulis! Tidak mengapa. Saya masuk ke dalam kelas sebagai segelas cawan kosong yang dahagakan isian. 

Permulaan kelas diberikan tugas 15 entri penulisan. 15!!!! Haa apa nak tulis ini. Entri pengenalan diminta menulis biodata penulis. Ok lah mudah , berbaki lagi 15 entri. Seingat saya hanya dapatkan siapkan 1 entri. Sudah menggelabah apa nak di tulis. Mengadap puan Zaila guru mengajar, beliau memberikan solusi dengan bantuan tajuk-tajuk yang sesuai. Malam itu juga, alhamdulillah dapat menulis sehingga  6 entri yang saya sendiri tidak sangka! Gembira tidak terkata, bangun pagi pun senyum tapi hati masih berdebar masih ada hutang 9 entri penulisan. Wah, tercabar lagi! Hari ke 3 mendapat ulasan daripada Puan Guru Kelas Blog yang semakin menambah semangat menulis. Terima kasih Puan Guru.

Sehingga ke tugasan ini, saya sudah mula mendapat rentak menulis. Saya sudah memahami aliran penulisan di blog. Tanpa saya sedari, anak sulung yang memerhati aktiviti ibu turut berminat menulis blog. InsyaAllah hujung minggu ini, ibu perturunkan ilmu pada anakanda pula ya. 

Kelas Asas Penulisan Blog, walaupun perkataannya asas namun bagi saya intipati kandungan kelas melebihi makna asas itu sendiri. 5 hari kelas yang tiada sepi daripada nota, tindakan, semakan oleh guru, ulasan guru, ingatan demi ingatan , ketukan demi ketukan untuk memastikan kami pelajar-pelajar mencapai KPI = 15 entri penulisan. Sungguh berbaloi! Kelas yang tiada stress tetapi tindakan yang terarah.

KELAS ASAS BLOG 2022 - MENULIS DARI HATI




Sunday, February 6, 2022

KELAS MEMBACA KAEDAH FONIK DI PUSAT TUISYEN ILHAM ILMU


Modul pembelajaran membaca kaedah fonik di PUSAT TUISYEN ILHAM ILMU adalah berkonsepkan

belajar efektif dan menyeronokkan. Membaca bukan hanya tertumpu kepada buku tetapi

PERMAINAN KREATIF TERATAH  diterapkan supaya anak2 dapat dibantu mengingati 

pembelajaran.

5 kesalahan mengajar anak-anak kecil membaca

Pertanyaan dan aduan seringkali diterima untuk mendidik/mengajar anak-anak di rumah.
Kebiasaanya ibu-ibu mengadu, anak tidak mahu saya mengajarnya membaca di rumah.
Di sini, saya kumpulkan 5 kesalahannya yang menjadi penghambat anak-anak mahu membaca di rumah


1. Meletakkan sasaran yang terlalu tinggi 

2. Menganggap anak-anak boleh terus faham apa yang diajar

3. Tiada kesabaran dalam mengajar

4. Tidak menyelitkan elemen keseronokan ketika belajar

5. Mengabaikan sekecil-kecil pertanyaan anak-anak

 
Ibu-ibu, membaca adalah satu aktiviti sukar bagi anak-anak yang mula belajar membaca.
 Sewajarnya, sasaran yang diletakkan adalah secara peringkat demi -peringkat. Ia mungkin memakan 
masa beberapa bulan mahupun tahun untuk mereka menguasai sebaik-baiknya. Apatah lagi di rumah, 
yang mungkin 5 - 10 minit sahaja anak-anak mahu belajar. Masa yang singkat tetapi kerap ditambah 
dengan aktiviti yang menyeronokkan tanpa terhad kepada buku boleh menambah minat anak-anak 
kecil membaca. Tingkatkan tahap kesabaran ibu-ibu, layanilah mereka dengan sebaiknya-baiknya. Semoga berjaya mengajarkan anak-anak membaca di rumah!

BOLA BERCAHAYA

Gambar lama, terpapar di facebook.
Ini Marwa yang ketika ini berusia 7 tahun.
Beliau menunjukkan kepada ibu yang bolanya bercahaya!
Wah! Terkejut ibu apabila anak beraktiviti kreatif.
Dia ceduk idea dari Program Backyard Science untuk test kesegaran telur ayam. 😉
Sesungguhnya ibu teruja!

7 Kategori Data Pelajar Pusat Tuisyen

Pelajar adalah klien utama pusat tuisyen. 
7 kategori pelajar yang sentiasa ada situasinya di dalam satu organisasi pengurusan pusat tuisyen

1. Pelajar baru mendaftar
2. Pelajar tamat kelas
3. Pelajar tangguh kelas
4. Pelajar berhenti kelas
5. Pelajar (cuti kuarantin)
6. Pelajar tambah subjek
7. Pelajar tambah slot 

Setiap kategori pelajar ini ada carta alir pengurusannya. Kesemua ini perlu diuruskan dengan baik kerana ia berkait dengan jadual pelajar dan yuran pelajar. Nampak mudah namun, ia perlu diuruskan dengan baik supaya pengurusan pembelajaran dan pengurusan pusat tuistyen berjalan dengan lancar.

Ini adalah cara kami menguruskan data pelajar di pusat tuisyen
- mesti kemaskni di sistem SMAP
- kemaskini di jadual utama
- kemaskini di group whatsapp ibubapa

KEMBALI KE PEJABAT SELEPAS 2 BULAN MC

 Tanggal 3.2.2022, tarikh yang sengaja dicatatakan untuk ingatan.

Tarikh kembali bekerja dari pejabat selepas hampir 2 bulan melaksanakan kerja-kerja pengurusan Pusat Tuisyen dari rumah ekoran patah pergelangan tangan. Alhamdulillah, syukur.

Permulaan harian seperti biasa, bangun seawal jam 6 pagi. Semangat memang semangat tetapi disapa dengan sedikit kepeningan kepala. Saya agak puncanya tidak memakai cermin mata semasa mengadap laptop. Ini yang menguatkan lagi niat untuk buat lasik mata. 

Selepas urusan solat subuh, terus ke dapur menyediakan segala juadah seharian untuk keluarga dan berkebetulan anak-anak bercuti sekolah. Juadah yang ringkas dan mudah menjadi pilihan saya. Segala urusan rumahtangga yang lain diserahkan kepada suami dan anak-anak yang sudah pun dididik dari kecil membiasakan diri melaksanakan urusan rumah.

Dalam jam 10 pagi, sampai ke pusat tuisyen. Menapak jauh sedikit sebab parking jauh sedikit. Ia memang disengajakan untuk tambah bilangan langkah. Sempat menguruskan pengurusan pelajar sebelum waktu mesyuarat.

Jam 11.30 kami , mesyuarat pengurusan Pusat Tuisyen bermula. Kebiasaannya 2 bulan sekali mesyuarat berkala akan diadakan untuk tindakan kemajuan tenaga pengajar dan pelajar - pelajar di Pusat Tuisyen. Selepas sesi makan dan berehat tugasan diteruskan dengan pemantauan guru-guru mengajar di dalam kelas. Jam menghampiri 7.30 malam , Alhamdulillah. Selesai tugasan utama hari ini dan banyak lagi yang bakal bersambung di esok hari. 

KISAH KUCING TELADAN

Seminggu yang lalu, rumah didatangi dengan seekor kucing betina hitam sedikit bertompok coklat.
Kucing ini bukan hanya singgah tetapi sehari demi sehari menjadikan rumah sebagai tempat berteduh.
Anak- anak memang suka sangat dengan haiwan berbulu ini. Berbeza dengan ibu mereka ini memang penakut terutamanya yang yang bergelar kucing. Saya memang kurang menggemari anak-anak bermain kucing di atas faktor kesihatan. Anak yang bongsu terutamanya selepas main kucing tanpa sedar tangan dah masuk mulut. Suara ibu ini lah yang selalu memperingatkan anak-anak lepas bermain kucing , sila basuh tangan!!!

Dek kerana keletihan melarang mereka, timbul niat dan hasrat supaya letakkan kucing ini jauh daripada rumah. Ditambah lagi pada satu malam, kucing tersebut terperangkap di dalam rumah kerana pintu semua bertutup lalu membuang najis dalam rumah.😞 Nasib baik , ia membuang najis di dalam tandas. Bijak! Agaknya kucing ini pernah bertuan sebelum ini. Ekoran insiden ini, menguatkan lagi perasaan untuk jauhkan lagi kucing ini dari rumah.

Namun, ada satu peristiwa yang membuatkan saya berlembut hati dan mengizinkan anak-anak terus memelihara kucing tersebut. Kucing tersebut membalas budi baik anak-anak yang sentiasa memberikan makanan untuknya dengan menjaga keselamatan rumah. Kucing tersebut telah memakan seekor anak ular yang masuk ke dalam rumah. Kami hanya menyedari hal tersebut pada awal pagi kerana nampak ada ekor hitam di atas lantai. 

Terima kasih Allah, terima kasih kucing. Peristiwa ini menjadi satu peringatan buat saya akan satu hal ini. Tidak Allah menghadirkan sesuatu itu tanpa tujuan. Hanya kita yang belum menyedari tujuan baik tersebut. Walaupun kita sebaik-baik makhluk yang Allah jadikan tiada salahnya meneladani seekor haiwan dalam membalas budi. 

Kini, kucing tersebut telah pun bergelar ibu dengan melahirkan 4 ekor anak yang comel dengan bantuan perbidanan daripada anak sulung. Semoga mereka terus membesar dengan baik dan bertambah comel.

Wednesday, February 2, 2022

BIODATA PENULIS BLOG

Nor Zuhailah binti Mazlan nama penuh yang diberi oleh ibubapa tercinta yang bermaksud cahaya ketenangan.😃Alhamdulillah sudah 14 tahun berumah tangga, isteri kepada suami tercinta Mohd Sufian Yusuff dan ibu kepada 3 orang anak perempuan 1 orang anak lelaki. 

Berpendidikan Sarjana Sains (Bioteknologi Tumbuhan) ,pernah berkhidmat sebagai pengajar di salah sebuah universiti di Pantai Timur. Selepas berhijrah negeri, bertukar kerjaya menjadi pengajar swasta di Pusat Tuisyen Ilham Ilmu, Bandar Jengka, Pahang. Sesuai dengan minat saya mengajar, mendidik dan memotivasi, saya amat menyukai profesion saya sekarang.

Saya secara peribadi, adalah seorang yang simple dan ringkas. Bagi saya ia lebih mendamaikan. Sukakan kehijauan alam dan alam semula jadi. boleh dikatakan seorang yang tangan hijau hihi. berbeza dengan minat dalam membaca, saya sukakan membaca perkara yang serius seperti karya saintifik, misteri, dan perkembangan kanak-kanak.

sekian, salam pengenalan ringkas daripada saya, zue yang dalam proses pemulihan pergelangan tangan yang patah. Doakan saya cepat sembuh ya 





TIPS REPLY WHATSAPP PELANGGAN

Buat masa ini, medium whatsapp menjadi medium utama perhubungan untuk ibubapa yang mahu bertanyakan berkenaan kelas, jadual, yuran dan sebag...