Tuesday, February 8, 2022

Ulasan Kelas Asas Penulisan Blog

Menulis di laman sosial? Argh!!! Satu perkara yang seingat saya sudah berzaman saya tinggalkan dek kesibukan kerjaya di antara seorang suri di hati suami, seorang ibu disamping 4 orang anak, seorang guru disamping beratus-ratus orang pelajar dan seorang guru besar untuk sebuah pusat tuisyen. Usahkan penulisan berkonten, penulisan santai pun saya hilang tarikan. Apa yang saya hanya buat hanya upload gambar atau video aktiviti di pusat tuisyen ke whatsapp status yang mana selepas 24 jam akan dilenyapkan.

Suatu hari ketika menjelajah di laman FB, satu post ini amat menarik perhatian saya. Post Puan Masayu Ahmad di FBnya membuka 1 kelas asas penulisan blog. Saya merupakan salah satu follower Puan Masayu dan pernah mendapat Ebook Puan Masayu. Saya terasa ada satu tarikan untuk menekan dari satu link ke satu link berkenaan kelas asas penulisan blog sehinggalah jari jemari ini menekan whatsapp dan bertanyakan pada Puan Zaila yang merupakan pengurus dan juga tenaga pengajar kelas blog tersebut. Seumpanya menghidupkan bara yang terpendam, saya tidak segan silu bertanya cara kelas  , apa yang ditawarkan dan sebagainya. Tanpa membuang masa kerana hanya 1 slot sahaja yang berbaki terus daftar dan buat pembayaran yuran.

Kelas ditawarkan selama 5 hari dan pada tarikh yang saya sedia maklum saya amat sibuk iaitu di awal bulan. Saya sahut sebagai cabaran menulis! Tidak mengapa. Saya masuk ke dalam kelas sebagai segelas cawan kosong yang dahagakan isian. 

Permulaan kelas diberikan tugas 15 entri penulisan. 15!!!! Haa apa nak tulis ini. Entri pengenalan diminta menulis biodata penulis. Ok lah mudah , berbaki lagi 15 entri. Seingat saya hanya dapatkan siapkan 1 entri. Sudah menggelabah apa nak di tulis. Mengadap puan Zaila guru mengajar, beliau memberikan solusi dengan bantuan tajuk-tajuk yang sesuai. Malam itu juga, alhamdulillah dapat menulis sehingga  6 entri yang saya sendiri tidak sangka! Gembira tidak terkata, bangun pagi pun senyum tapi hati masih berdebar masih ada hutang 9 entri penulisan. Wah, tercabar lagi! Hari ke 3 mendapat ulasan daripada Puan Guru Kelas Blog yang semakin menambah semangat menulis. Terima kasih Puan Guru.

Sehingga ke tugasan ini, saya sudah mula mendapat rentak menulis. Saya sudah memahami aliran penulisan di blog. Tanpa saya sedari, anak sulung yang memerhati aktiviti ibu turut berminat menulis blog. InsyaAllah hujung minggu ini, ibu perturunkan ilmu pada anakanda pula ya. 

Kelas Asas Penulisan Blog, walaupun perkataannya asas namun bagi saya intipati kandungan kelas melebihi makna asas itu sendiri. 5 hari kelas yang tiada sepi daripada nota, tindakan, semakan oleh guru, ulasan guru, ingatan demi ingatan , ketukan demi ketukan untuk memastikan kami pelajar-pelajar mencapai KPI = 15 entri penulisan. Sungguh berbaloi! Kelas yang tiada stress tetapi tindakan yang terarah.

KELAS ASAS BLOG 2022 - MENULIS DARI HATI




2 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah!
    Saya pun berdebar nak siapkan semua tugasan sebelum ni 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Puan Dayana. Puan hebat sebagai blogger!

      Delete

TIPS REPLY WHATSAPP PELANGGAN

Buat masa ini, medium whatsapp menjadi medium utama perhubungan untuk ibubapa yang mahu bertanyakan berkenaan kelas, jadual, yuran dan sebag...